Pages

Wednesday 24 January 2018

Aku Nak Jadi Jutawan



Ni vision board untuk jadi jutawan aku. Impian nak jadi jutawan dalam hidup. Hidup ini singkat dan kita mesti berimpian. Jadi jutawan bukan nak bermewah-mewah.

Tapi nak jadi seorang Muslim yang membayar zakat banyak dan penting sekali untuk bawak bekalan saham akhirat dengan jadi jutawan kat dunia ni. Ini contoh dermawan yang paling aku respect sekali.


So hari ini aku set 15 Jun 2018 ni aku dah berjaya capai matlamat hidup untuk mencapai RM2juta dalam FFA. Amiin.

Tuesday 12 August 2014

Persediaan Bekerja Di Negara Arab - Timur Tengah

Salam dunia,

Saja nak berkongsi citer sikit pasal kerja di oversea ni. Antara benda paling dirisaukan ialah kesihatan diri semasa di sana. Al maklumlah kerja kat sana klinik dia macam mana. Hospital mcm kat KL ke mcm mana kan. So kita kan biasa dengar "Prevention is better than cure", maka lebih baik lah kita jaga kesihatan diri supaya kekal sihat semasa bekerja di tempat orang.

Memandangkan aku ni sangat rajin pegi bersenam, so aku terpaksa pilih cara lain utk menten sihat iaitu ambik supplement atau nama lainnya vitamin. Suplement pulak bukan lah sembarangan, aku sentiasa pastikan ambik yg natural lah sebab dah aware pasal kesan2 x baik kalau ambil suplement yg berlambak kat pasaran tu kan. Short term maybe okay tapi long term kita x tau mcm mana. Ada yg pendek umur sebab makan vitamin sintetik nih. Lagi teruk lah kalau ambik yang tiruan.

Dah tu mcm mana nak tau yg mana ok? Senang je, tengok dekat market vitamin mana yg dah lama kat pasaran dan masih banyak dijual sampai sekarang. Kalau masih ramai yang makan dan still survive, makanya elok benar lah vitamin tu. Lepas research sket, maka terjumpalah dengan vitamin C shaklee ni
http://hargasetmengandung.com/best-sangat-ke-vitamin-c-shaklee-tu/. Dah lama dah dengar Shaklee ni sejak kecik lagi kot.

Tapi tak cukuplah kalau setakat ambik vitamin C je kan. Penyakit yg paling aku cuba elakkan bila berada kat sana ialah demam dan selesema. Nanti bos sana tgk asyik MC je x bagus jugak utk performance. So aku tgk Shaklee kalau nak menten sihat aku kena ambik Vitalea, Vitamin C, B Complex dgn Alfalfa. Kalau malas sangat makan Vitalea dan vitamin C je pun okay. Vitalea ni mcm multivitamin lah tapi dia ada campuran alfalfa sikit.

So semoga aku sentiasa rajin makan vitamin ni. Semoga usaha ni diberkati dan sentiasa diberi kesihatan dari Allah SWT.

Monday 10 June 2013

Persiapan Hiking Atau Mendaki & Bahaya AMS

Ini petikan berita mengenai kejadian malang yang menimpa seorang pendaki Everest baru2 ni. Takziah diucapkan.


Maksud AMS dari wiki:-
Altitude sickness—also known as acute mountain sickness (AMS), altitude illnesshypobaropathy"the altitude bends", or soroche—is a pathological effect of high altitude on humans, caused by acute exposure to low partial pressure of oxygen at high altitude. It commonly occurs above 2,400 metres (8,000 feet).[1][2] It presents as a collection of nonspecific symptoms, acquired at high altitude or in low air pressure, resembling a case of "flu, carbon monoxide poisoning, or a hangover".

Tu sedikit info dari internet. Selalu kita dengar PMS tapi kali ni AMS :D
Nampaknya AMS ni tak memilih bulu. Even orang yang aktif pun boleh hilang nyawa di buatnya. Sini saya just nak share sikit tips dan pemakanan yang perlu dalam persediaan untuk hiking atau mendaki. Walaupun tak setinggi Everest, tapi saya rasa perlu jugak lah dipraktikkan untuk keselamatan.

"Performance" dari Shaklee ni merupakan suplemen yang natural dan dapat membantu memberi tenaga untuk memberi kecergasan untuk mereka yang suka melakukan aktiviti seperti mendaki ini.



Apa Performance ni boleh buat?

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Jadi utk hiker2 dan pendaki semua, saya sarankan ambil Performance ni supaya korang semua berada dalam keadaan siap sedia dan yang penting...pergi dan balik dengan Selamat. Adios!

P/s : Kalau nak order boleh order online di http://vitaminhalal.com/

Wednesday 30 January 2013

Hiking - Bukit Apex Cheras

Pada 19 Jan 2013 (Sabtu) aku pegi hiking ke bukit Apex dekat taman Hartamas, Cheras. Ni kali ke 3 panjat bukit ni dalam masa 2 tahun...Lama x hiking then tak joging takut jugak sebab nnt muscle sure jadi sakit2 dan lenguh. So tanpa preparation, pegilah aku dgn member 2 orang lagi panjat.

Dah berkumpul kat Petronas Cheras dekat dengan PGA. Singgah pulak breakfast dulu pekena nasi lemak kat gerai depan masjid. Dah kenyang baru gerak pegi tempat parking.

Ni la jalan masuk ke bukit ni...sempoi je masuk celah umah orang...parking je kat tepi jalan2...banyak kereta. Jangan lupa lock pulak.




Then bermula la perjalanan naik ke puncak. ada 6 checkpoint track ni tapi kitorng nk pegi ke waterfall. So kene naik sampai checkpoint 5 jer pastu belok ke track lain.

Since dah lama tak exercise baru 5 minit panjat dah mula tercungap mintak nyawa...huhuhu. Tapi okay lagi sebab bole teruskan. Rase tercabar bila selisih dengan "ah sow" yang dah mula turun. Diorang ni Subuh lagi dah start hiking rasanya. Kitorang pun start lambat dalam pukul 8:30am. Ni ada gambar yang sempat di snap sambil menahan nafas semput...enjoy lah...


Anak Sungai - checkpoint 1








Berehat di check point 3





Sini jalan dah tak steep lagi macam sebelum ni...so lega sikit

check point 4


Hah...nampak dah air terjun yeehaa



Finally smpi jugak ke destinasi yang dituju i.e. Air terjun dalam pukul 10:08am. Sejam setengah jugak perjalanan. Peluh satu badan wehh.


snap jangan x snap...




sape suruh mandi time ni...kan dah kene snap.

Air Jernih dan sejuk...klu nk jimat air...sambung je paip sampai ke rumah.

So itu jer lah yang nak kongsi kat sini. Ni baru satu jer nak dikongsi. Ada banyak lagi passion yang nak di update kat blog ni. Kalau suka boleh follow terus blog ni ya.

Sekian Wassalam.